Thursday, May 21, 2009

Setiap yang berlaku ada sebabnya...

Adakalanya seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan, menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..

Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.

Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..

Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.

Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya.

Yakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.

“Jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua yang akan dilihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka”

...Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada sebabnya..

1 comment:

Anonymous said...

..."semua yang dilihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka"

"Mohd Iqram Haikal"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...