Wednesday, January 18, 2012

Nurul,..

Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan apa yang dialami dalam hidup... Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam....
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan jelas. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padaNya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu apakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu apakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, keimanan sedang diuji. Kuncinya, sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka yang sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita pula yang sebenarnya tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Nurul,..Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah...

Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita pula diuji dengan nikmat atau musibah.

Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Dan, bersangka baiklah dengan Allah.
Ini tidak semudah baris-baris perkataan yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. "Adakah aku sedang berputus asa? Tidak,.. Kerana rahmat Allah itu amat luas, berbanding semangat kita yang belum cukup dalam berdoa dan menangis meminta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukmu... Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanmu, Nurul...

Terima kasih kawan2 blogger....utk perkongsian yang memberi erti, juga mendewasakan diri yang penuh kekurangan ini...

Monday, January 16, 2012

Lupa semua rasa penat hari ni... :-)

Petang...balik dari sekolah pun dh pukul 5 lebih.. mandi & siap2 bahan utk masak... isnin memang turn nrl..dari tahun lepas x berubah... letih hari ni,..tp..x boleh pk sgt...
Teringat janji kat nadia,..nk letak inai kat dia.. dgr pulak suara dia kat depan umah..terus je panggil.. utk tunaikan janji..hehe..
Dh siap pakaikan inai..suruh dia balik... x lama,..dia dtg semula.. "cikgu nurul tgk, dh kering ke belum?..dh boleh basuh ke?..sambil tujuk 10 jari montok dia... huhuhu...
Ginilah Ya, jom teman cikgu nrl masak..sambil2 tu cikgu nrl tgk,..dh kering nt kite cuci la ;-)
Nrl angkat 1 kerusi..bg dia ddk kat dapur utk buat teman... tapiii... kalau masak dgn dia pn best jgk ni.. xla lemah sgt rase... "ok...jom Ya, cuci tangan..Ya masak ptg ni yee"... ;-)

Aqeef..adik nadia pun ade dgn kami lepas tu... :-)



Sebelum sayur masak,..Mal pun sampai...utk jd tukang rasa ;-)

Betul..cikgu nrl dh lupa yg penat2 td... ;-) seronok sgt ade awak 3 org petang ni tau :-) ...
Lepas siap..semua mintak nasi n nrl suap aqeef dan mal,..makan sama2...
Next time..ade masa kite masak2 lagi... ;-)

Saturday, January 14, 2012

Memori dari banjaran gunung yang dingin ini 2..

TQ kak niza...hari pertama sekolah dh bwk tart kat kami..sedap kak niza buat :-)
 


tahun 3 siddiq...yg cikgu nurul ajar dari tahun 1.. :-)
 

belajar menulis semula...huhu.. sebab ajar KSSR tahun 1



TQ aunty kat depot bunga kg raja yg bg nurul bunga matahari ni... :-)
Memandangkan CH dah hampir seminggu xdpt matahari cerah, hujan n sejuk je...bunga matahari pun jadilahh... cuma x boleh lupa kak chah kata, "kalau la bunga tu buleh bg kering baju2 aku"...huhu... ;-) kan?.. kalau la gtu bgusnyeee.... :-)

Memori dari banjaran gunung yang dingin ini....

Transisi tahun 1.. minggu ni cikgu nurul sempat buat 3 aktiviti aje... harap2 minggu depan, dapat idea untuk buat aktiviti yg lebih kreatif kat anak2 murid kecik ni,.. ;-)






Adaa jugak hari naughty cikgu nurul,..bile kwn2 dan diri sendiri memang dok x hbs lg bercerita pasal Ombak Rindu,..nrl amik kesempatan pada satu hari yang kami "lapang"..bwk cite tu dlm pendrive n pasang kat pc bilik guru pg2 hari...hihi..
Maka bergilir-gilirlah kwn2 nengok,..kak syikin, kak fatimah dgn cikgu zek pn dh blh amik tgk kt umah..huhu.. apepun, lagu2 cite ni jugak yg "best".. :-)



Majlis ringkas - perpisahan dgn Cikgu Riduan..yg ditukarkan ke SK Tanah Rata, CH.. TQ duan..semoga gembira di sekolah baru :-)

Friday, January 6, 2012

Sebuah doa,..

Hening malam...terjaga dari lena yang tak lama namun cukup merehatkan diri ini yang dari siang lagi keletihan...
Sebuah doa kudus,..dari sekecil-kecil dan sehina-hina seorang hamba..kepada Tuhannya yang satu...

" Ya Allah, andai urusan yang ku inginkan ini baik untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, maka takdirkanlah ia untukku, mudahkanlah jalannya, dan berkatilah ia.....
...Andai urusan ini membawa keburukan untuk agama dan kehidupanku dunia dan akhirat, jauhkan ia dariku..takdirkanlah kebaikan untukku di manapun diriku berada dan berilah aku keredhaanMu..."
Amin.....

Nurul kena selalu ingat bahawa ada masa-masanya,....
Walaupun tak ada orang sayang kita, tapi Allah ada dekat dihati kita.
Walaupun tak ada orang dekat dengan kita,tapi Allah ada mengasihi kita.
Walaupun tak ada orang tolong kita, tapi Allah ada untuk lindungi kita.
Walaupun tak ada orang rindu kita, tapi Allah tetap tunggu kita.
Walaupun tak ada orang jaga kita, tapi Allah ada memerhatikan kita.
Walau tak ada orang dengan kita, tapi Allah sentiasa temankan kita...

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama 2012 :-)

Perhimpunan pagi :-)



Barisan Pentadbir SKKR 2012 


Kelas pertama... tahun 3 Siddiq :-)

Laaama x jumpe ;-)

Tulis tajuk buku latihan

Guru kelas 3 Siddiq, Cikgu Sabari
Singgah ke kelas2 lain jap,..hehe
Dengan Kak Faezah syg,...sape lg.. :-)

Ni kelas matematik dia... :-)

Ckgu Azian - Guru kelas tahun 5..

Cikgu Zek..dlm tahun 6

Dan,....tengkiu kak Niza..sebab buat n bawak kek kat kwn2 hari ni...white choc macadamia...cedap ;-)


Bawak balik...nk tulis lesson plan esok pulak.. :-)

Tuesday, January 3, 2012

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS, :-)

CIKGU NURUL,.... :-).. Semoga esok bermulanya satu lg tahun yg berwarna-warni, penuh pengalaman dan bertambah ilmu pengetahuan..untuk Nurul sebagai sebagai guru..insyaAllah... :-)... Tahun ke,...3... Alhamdulillah...

10.51pm...baru nk tulis rancangan mengajar esok...lengkapkan buku rekod mengajar....sambil,.....
Tgk ombak rindu kat laptop,.. ;-)

Monday, January 2, 2012

Wallpaper baru lg, :-)

Di sebuah "tree house" :-) ,..burung kat situ tgh hepi main hujan ;-) ..


 Esok hari terakhir cuti sekolah....
Brochure SKKR yang kak Ina suruh buat..x siap lg ni...
Hari ni pun bz jugak... x sempat lg...


Family kak zu - dh ready nk tidur... pakcik, makcik, nenek, adik n sepupu kak zu...
Anis pun dh tidur... Nrl?..jap lg siap2 nk tidur jgk...
Selamat mlm... :-)

Sunday, January 1, 2012

Create your own banner at mybannermaker.com!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...