Wednesday, January 18, 2012

Nurul,..

Allah yang menguasai segala yang ghaib. Manusia hanya mampu mentafsir dan melihat bukti kekuasaannya berdasarkan apa yang dialami dalam hidup... Manusia hanya mampu menjangka masa hadapan berdasarkan apa yang berlaku semalam....
Dengan pandangan yang sungguh terhad, kita tidak mampu berfikir dan melihat dengan jelas. Allah berpesan supaya kita sentiasa berbaik sangka kepadaNya. Allah mahu kita bergantung padaNya. Allah mahu kita menyerahkan segala urusan kita kepadaNya. Dengan itu barulah Allah akan memberi apa yang kita mahu.
Ketika kita diuji dengan keyakinan ini, kita akan ragu-ragu benarkah Allah akan memakbulkan permintaan kita. Kita akan ragu-ragu apakah Allah mendengar doa kita. Kita akan ragu-ragu apakah Allah sedang menguruskan urusan kita. Sungguh kesabaran dan keyakinan kepadaNya sedang terumbang ambing. Ketika itu persoalan buruk akan timbul dalam diri. Hasil hasutan syaitan yang sentiasa menanam rasa ragu-ragu dalam hati. Adakah aku perlu berputus asa?
Itulah rona-rona hidup, keimanan sedang diuji. Kuncinya, sabar dan yakin. Kerana kita berbeza dengan mereka. Mereka yang sedang diberi kenikmatan. Mungkin mereka juga sedang diuji dengan nikmat itu. Kita pula yang sebenarnya tidak sedar dengan nikmat yang kita ada. Nurul,..Allah mahu kita bersyukur dengan apa yang ada, kemudian barulah Dia akan tambah...

Kita tidak tahu apa yang terjadi tahun depan. Tidak tahu apa terjadi bulan depan, tidak tahu apa akan terjadi minggu depan, tidak tahu apa akan terjadi esok, tidak tahu apa akan terjadi barang sesaat akan datang. Mungkin sebentar lagi giliran kita pula diuji dengan nikmat atau musibah.

Islam ertinya berserah diri. Serahkan segala-galanya pada Dia. Dialah sebaik-baik perancang. Dan, bersangka baiklah dengan Allah.
Ini tidak semudah baris-baris perkataan yang sedang ditulis. Ketika menjalaninya terasa sangat lemah dan tidak berdaya. Kerana itu ia dipanggil ujian. Apabila kecewa kita akan bersedih. "Adakah aku sedang berputus asa? Tidak,.. Kerana rahmat Allah itu amat luas, berbanding semangat kita yang belum cukup dalam berdoa dan menangis meminta.
Bersabarlah dengan kelemahan itu. Yakinlah dengan apa yang dipinta. Selagi itu sesuatu yang baik. Cubalah untuk yakin Allah sedang mendengarnya dan sedang menguruskannya. Meskipun kita sudah tidak melihat harapannya lagi. Teruslah berharap pada Allah. Cukuplah Allah untukmu... Sebaik-baik pembantu dan penolong urusanmu, Nurul...

Terima kasih kawan2 blogger....utk perkongsian yang memberi erti, juga mendewasakan diri yang penuh kekurangan ini...

1 comment:

Hudatul Akmar said...

kadang2 hati sentiasa mendahului akal fikiran untuk mengikut hawa nafsu tanpa berfikir akan apa yang bakal terjadi..:))

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...