Sunday, April 24, 2011

Jadual baru bermula esok.. :-)


Dah x ajar PJ tahun 2 dan PS tahun 5...sekarang dah ambik 3 subjek teras - English :-)

Alhamdulillah :-) ,...

Sabtu smlm- sekolah ganti untuk cuti deepavali...
Pagi tu...g sekolah lewat jgklah...7.30 masuk pagar, huhu... sampai pejabat, pn rajes hulur 1 surat...

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN.....
Saya diarah memaklumkan bahawa SPP telah meluluskan tuan/puan disahkan dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 mulai 3.8.2010 (tarikh setahun lepas nrl mula posting). Tuan/Puan adalah tertakluk di bawah skim pencen kerana tuan/puan tidak bersetuju memilih KWSP..............


Semoga tuan/puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lg di masa akan datang.

:-) ....alhamdulillah...dh dapat..hepi sgt hari tu... setahun 8 bln.. semua dh settle... tambah menyerikan pagi tu, nrl ada bwk bunga mawar merah dan putih dari rumah.... pemberian pakcik ipin jaga sekolah, bunga lebih2 yg jmpe..,bnyk sgt kat rumah kami. so nrl ambik skit nk letak kat sekolah...hehe...

bwk dari rumah....
Pagi tu gubah bunga sambil senyum.... biarlah kwn2 ni kata "org pg2 buat sarapan, die gubah bunga..kesian la suami die ni,..huhu...".. kejap je ni....bunga kan penyeri suasana... :-)

dlm proses susun2...x pandai pun

Semoga sejuk pagi di Cameron Highlands, bunga2 segar, SKKR....akan terus beri nrl semangat utk jd cikgu yg lebih baik.... :-)

tempat biasa..... :-) atas meja cikgu nurul ;-)

Friday, April 22, 2011

Durian....oh durian...dan kami di SKKR :-)

Minggu ni best sgt sebab kenduri durian ;-) ..kami kumpul rm10 seorang,..cikgu yan g beli di Manrod, kg asli... durian yg mmg diakui ramai,..sedap :-)






Kak chah & kak fatimah...tanak pulut :-)
Hehee...wpun x lah suke sgt2 dgn durian,..tp bila dh ade gni, byk jgk mkn..apepun, pot luck kali ni mmg puas hati :-)

Thursday, April 14, 2011

Best Man Win,... :-)

Baru lagi sorang kwn pangkat adik kat ch ni tanya nrl... akhir2 ni bnyk betul soalan nrl kena jwb.. huhu, baru hari jadi kot ;-) .. soalan yg 1 ni takla payah mana, sebab nrl ada pendapat sendiri :-)

"Kak nrl pecaya x..org kata best man win?..ke mmg setuju?...

Mula-mula yg nrl ingat, nrl senyum...tindakan refleks.. :-) dan terus nrl jwb, "tak".
Sebab..secara jujur nrl sendiri pun tak layak nak dapat "the best man" ni... sebab nrl bukan insan terbaik yg sempurna serba serbi.. byk sungguh lagi kekurangan... :-(
Tak ada istilah "the best man win" untuk nrl... cuma seorang lelaki yg takdir tempatnya adalah dalam hati nrl,..yg sudi menjadi peneman sepanjang hidup nrl,.. akan menjadi lelaki terbaik dalam hidup nrl...no war, no winner.


 Siapalah kita untuk memilih dan menentukan manusia mana yg terbaik...sedangkan kita sendiri belum tentu dan jauh sekali dari layak dinobatkan manusia terbaik...

Biarlah,..biar kita x rasa kita yg terbaik...supaya ada masa2 nya kita masih mampu untuk tunduk dan berfikir, dan terus berusaha... InsyaAllah...

:-)

Monday, April 11, 2011

Nota Hati Nurul......

25 tahun...adalah satu tempoh masa untuk belajar tentang hidup...tentang kesedihan, gembira, tentang apa itu kelukaan dan selautan harapan... angka itu telah disimpan baik2 dalam lipatan sejarah hidup...hari ini adalah hari baru, it is a new number - 26... :-) alhamdulillah...

Ketika melihat hujan turun siang tadi,..pemilik hati ini amat2 gembira... ini bermakna, sudah 14 tahun, dia sedar yg setiap kali jatuhnya tarikh 11 April, dia pasti akan bertemu dengan..hujan, walau di mana pun dia berada... :-) ...air hujan yang turun itu memberi sejuta ketenangan untuknya.....

Hati ini,...sepanjang hayatnya pasti sekali pernah melukai dan melukakan... pernah merasa pahit getir untuk cuba bangun mengumpul selautan ketabahan,..walau ketika itu masih terlalu mentah dalam mengenal realiti kehidupan... Hati ini,..pasti juga pernah goyah,..pernah menjadi sekeras kerikil...pernah menjadi selembut kapas,...
dan pernah merasakan yang segalanya tiada sekecil-kecilpun harga...- rajuk yang disimpan dalam2...

Hati ini,...terisi ruang2 yg sukar ditafsirkan, amat sukar... ada ruangnya disimpan kekuatan dan semangat, ada ruangnya terisi rasa lembut dan kasih sayang...ada ruang lainnya terisi kekerasan yang payah dihakis... ada juga yang disusun sejuta rasa yang tidak mempunyai kata2...- tiada hati yang sempurna di dunia ini....

Hati ini,...mahu dan terus mahu untuk dihiasi dgn kasih sayang,..keikhlasan, kesetiaan,.. pengertian,...tulus... setiap inci khilaf yang tercipta mahu saja dipadam...biar lembaran baru ini menjadi lebih bererti, penuh kematangan dan sentiasa menjadikan setiap yang berlalu sebagai pengajaran...

Kepada Allah hati ini pasrahkan harapan, yang terlalu dalam... Kerana hati ini tiada rahsia denganNya...

"There is a meaning"-by Nurul (River Cruise - Sarawak 2009)

Saturday, April 9, 2011

Bila soalan bertanya Nrl tentang....lelaki..

Kwn2 yg rapat mesti tahu...sepanjang alam remaja di sekolah, maktab dan uum...ada 2 perkara tentang lelaki yg nurul simpan dan suka baca... :-)


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari ketulusannya mengatakan kebenaran…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hatinya di sebalik itu…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi kesetiaanya terhadap seorang wanita yang dia benar2 cintai…
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Dan ini,...

“Hawa diciptakan dari rusuk Adam.... Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alas, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup..., dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai dan disayangi.”

Dalam dan penuh makna...wallahualam :-)

Friday, April 8, 2011

Nurul rindu abah ;-(

Seingat saya, kali terakhir saya 'bertemu dengan ayah' adalah kira-kira lima tahun yang lepas.  Sejak itu, wajah itu seakan-akan merajuk, tidak lagi mengunjungi diri ini.

Saya masih ingat. Dalam pertemuan yang terakhir itu, saya menangis teresak-esak sambil memeluk ayah erat. Entah airmata apa yang mengalir saat itu, namun yang pasti, saya benar-benar gembira kerana dapat bersua muka dengan ayah lagi. Sungguh, saya kerinduan yang amat. 


Saya bahagia melihat ayah ada di hadapan mata. Bahagia yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata kerana dapat bertemu semula dengan ayah. yang disangkakan telah meninggalkan dunia fana ini buat selama-lamanya. Sungguh. Hati ini berbunga riang kerana dapat menatap wajah ayah untuk sekali lagi. 


Perasaan itu sungguh indah. Benar-benar indah. Bagai sang pemuja permata yang bertemu semula dengan permatanya yang disangkakan telah hilang.


Namun. Dalam kebahagiaan itu, lagak saya bagaikan sang anak kecil yang benar-benar merindui si ayah, tidak lupa saya bertanya pada ayah.  Berulang kali.


"Ayah pergi mana? "

"Ayah pergi mana?"

"Ayah pergi mana?"

"Orang ingatkan ayah dah mati."

"Alhamdulillah, ayah masih ada, ayah belum mati..."

Ayam cuma diam membisu. Membalas pelukan saya erat. Saya menangis sedu-sedan di bahu ayah. Teresak-esak. Airmata itu mungkin air mata kebahagiaan. Bahagia kerana orang yang disangka telah mati tapi kini berada di hadapan mata. Saya terus bertanya namun ayah tetap juga diam membisu. 


Tidak menjawab soalan saya walau sepatah pun. Akhirnya, wajah yang dirindui itu menghilang dari pandangan mata ini. 

Saya mengangkat kelopak mata yang basah dengan airmata. Gelap menyelubungi ruang kamar. Hanya tinggal saya sendirian di situ. Pipi terasa basah disirami airmata. Ayah tiada lagi di sisi. Saya benar-benar sendirian tanpa ayah. Ah.. Rupa-rupanya saya cuma bermimpi. Ayah sudah pun kembali menemui Sang Pencipta. Itu adalah kenyataan yang tidak mungkin boleh saya tidakkan lagi. Ayah benar-benar telah tiada.

Alhamdulillah. Semalam saya berkesempatan untuk singgah di pasar malam.  Membeli sedikit keperluan dapur. Ada sayur, ayam, telur dan daging. Ikan di dalam peti masih berbaki. Cukuplah dulu serba sedikit sekadar keperluan saya yang  jarang memasak. Selesai membeli barang keperluan, saya terus pulang ke rumah.

Tiba waktu memasak, saya membuat keputusan untuk mereneh sup ayam dan menggoreng daging. Saya cuma memasak seperti biasa, dan seperti biasa juga, apabila sedang asyik menggoreng daging, saya pasti teringat pada arwah ayahanda yang sangat saya kasihi. Wajah ayah terlukis di ruang mata. Kenagan bersama ayah bermain-main di kotak memori.


Manakan tidak, daging goreng adalah makanan kegemaran arwah ayah. Ayah pasti berselera bila makan berlaukkan daging goreng. Lauk lain terus ditolak tepi. Ayah memang begitu.

Memandangkan dulu kami bukanlah orang senang. Jarang dapat merasa makan nasi berlaukkan daging goreng kerana harganya yang agak mahal. Selalunya kami makan apa yang ada. Hanya itu yang kami mampu waktu itu.

"Sekarang aku dah mampu beli daging sendiri. Kalaulah ayah masih ada, dia mesti suka makan daging goreng nie.." mudah sungguh lintasan hati ini berkalau-kalau. Dan seiring dengan itu juga, air mata hangat mengalir di kedua belah pipi. Allahu. Saya benar-benar kerinduan. Rindu suara dan gelak tawa ayahanda yang tercinta. Rindu segala-galanya tentang ayah.

Ampunkanlah dosa kedua ibu dan bapaku ya Allah. Ayah telah kembali ke alam barzakh. Saya harus sedar dan terima hakikat ini. Daging goreng ini sudah tiada ertinya lagi buat ayah di sana. Saya harus ingat.


Di sana ayah tak perlukan daging goreng untuk menyelamatkan dan melindungi. Di sana ayah tak perlukan apa-apa makanan dan minuman.  Di sana juga ayah tidak lagi perlukan wang ringgit. Di sana ayah cuma perlukan doa dari anak-anaknya yang soleh dan solehah. Anak-anaknya, dan saya salah seorang darinya! Allahu. Aku ini anak yang bagaimana?

Ya Allah, apakah aku ini anak yang solehah? Layakkah aku untuk berdoa? untuk ke dua orang tuaku. Apakah Kau akan mendengar dan memakbulkan doa-doaku? Apakah kelak nanti aku akan menuntun tangan ke dua orang tua ku ke syurga atau sebaliknya? Aku ingin menjadi anak yang solehah ya Allah. Agar doa-doaku bisa menyelamatkan ayahandaku yang aku cintai. Agar doa-doaku dapat memadamkan api neraka. Agar doa-doaku bisa membuka pintu syurga. Ya Allah. Aku ini anak yang bagaimana?


Pimpinlah aku ya Allah. Jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah... Aku ingin sekali lagi bertemu dengan ayahandaku yang aku cintai dan rindui. Biarlah pertemuan kami nanti tempatnya di syurga ya Allah.. Ampunkanlah dosa-dosa kami...

Ya Allah, moga kiriman doa ini rasanya lebih lazat dan enak daripada daging yang goreng yang baru aku makan sekejap tadi.. Moga ayah bahagia di sana.. 

Amin ya rabb..
---- artikel dlm 1 blog yg nrl follow.. sesudah baca artikel tu,..tiba2 rasa sebak...rindu kat abah..huk.. ;,( ..nrl bersyukur abah masih ada...dan nrl masih mampu berbakti sebaik mungkin...
Abah..seorang lelaki berketurunan cina yg memeluk islam hampir 27 tahun lepas... 
Anak ppuan sulung dia ni memang perangai macam abah- mama yg kata...
Selalu jgk mama mengomel- abah bukan nk marah along pun..org lain lg selalu kena...
Tak jugak..huhu...itu ape yg mama nmpak... 
Tapi abah cukup tegas dgn anak ppuan sulung dia ni... milage kete myvi sentiasa direkod,hehe.. dari kecik mmg nrl diajar dan dipaksa makan sayur2..telan minyak ikan kod dan vitamin..wpun meraung2 xnk sebab x pandai nk telan pil masa tu... tapi ada kebaikan jgk..brg2 nrl, rak buku, meja tulis, bilik, mesti selalu kemas, teratur,..itu disiplin abah...:-)
Abah jugalah yg selelu belikan buku,majalah...dan marah nrl bila English nrl salah...sebaik nrl masuk sekolah rendah lg...kena marah bila x paham maksud, sebut salah dan xleh jwb soalan dia...jd perkara biasa... skrg pun ada masanya kena lg...huhu..

Org selalu kata, anak ppuan sulung memang di "care" extra oleh ayahnye..btl la jgk.. ;-)

Abah... :-) terlalu bnyak berjasa untuk keluarga... Minggu depan nk blk Kulim...... :-) :-) :-)


Thursday, April 7, 2011

Kami pada waktu pagi :-)

Pagi Selasa di Kampung Raja...pukul 7.15... nak ke sekolah, yg tenggelam dlm kabus ;-)

Belakang - flat kuarters guru merangkap rumah nrl... Dgn k.syikin yg sama2 nk g sekolah... cuma gmbr x jelas :-(  apepun..CH memang best ;-)

Pendidikan Seni Minggu Ini :-)

Masa PS dengan kelas ni..12.10-1.10.. masa akhir, huhu... Mule nye memang blur jgk hari tu..x tahu nk ajak bdk2 ni buat ape..kalau ikutkan sukatan, buat kraf tradisional...ayoyo... akhirnye setelah terpusing-pusing dalam bilik guru tanye kwn2..kak syikin dgn kak chah cadangkan buat goresan atas kertas..guna duit syiling, jadikan corak...hmm menarik jgk..

Dalam kelas- 12.15 tghari...
Nrl intro kelas dgn tanya, pernah x mereka tgk corak2 pada kraf yg timbul..dan cantik.. sebenarnya banyak,..tikar, pada seramik, anyaman..etc.. :-) so dtg idea untuk bg kelas lebih happening... nrl minta bdk2 ni cari corak yg timbul...gores sambil bentuk jd corak..atau ambil je corak tu...gores smpai nmpak pada kertas :-)...
Semua bersorak sebab boleh berjalan sekitar sekolah :-) yelah, masa akhir...dduk dlm kelas mungkin pilihan terakhir sebab tahu semua sure mengantuk dan dh penat...

Husna... :-)
Mimi & Aiman Haziq :-)



Faizal :-)
 

Tikar makcik kantin pun bolelaa ;-)

Wednesday, April 6, 2011

Saturday in Cameron Highlands :-)

Sabtu pagi - Kelas tambahan BI tahun 6 cikgu nrl bermula 8.45 pagi.. hingga jam 10.30.. 8 org datang.. ok la tu :-) sekurang-kurangnya cikgu nrl xlah rasa bersalah sgt sebab betul2 sibuk seminggu ni.. byk hari xda kat sekolah..

Lepas je kelas tambahan, nrl sarah dan anis...keluar ke brinchang.. cuaca cerah.. :-) hari sesuai untuk berjalan-jalan... :-)
Mula-mula, g Raju's Hill..mkn aiskrim & kek...cedap :-)
Lokasi - depan hotel Equtorial, Kea Farm :-)



Dgn Anis :-)
Next..kea farm.. hari cuti tmpt ni memang sesak..tapi dengan adanya Vivin..kwn baik nrl yg dh lama jd penjual kea farm...harga tetap "special".. thanks vivin... :-)

Vivin :-)

Sarah & Anis :-)

Bila dh jadi orang Cameron Highlands,..hari2 cuti gni mesti akan jmpa ramai org bila keluar :-)
Kwn2 yg kita x sangka akan jmpa pun, ble terjumpa ;-)

Su & Sopi - kwn kolej Tradewinds :-) - selamat pengantin baru
Kak Eda & Abg Shazwan - sepupu nrl :-)


Thanks sudi dtg jalan2 ke Cameron Highlands,...:-)

MSSD Cameron Highlands.. :-)

31hb Mac lepas..-
Hari ni nk tulis rekod mengajar ni..semalam dah g SK Convent, bwk budak ke Spelling Competition..
Buku rekod mengajar yg tebal warna biru tu baru dibuka beberapa helai..jam pukul 7.40 pagi....
Ustaz Marzuki..PK Kokurikulum SKKR masuk bilik guru terus ke tempat nrl.. "Arahan GB..dia nk sorang cikgu ppuan yg ada kete..g sukan MSSD pagi ni..sebab ada bdk ppuan..6 org..." dia senyum...huhuhu...tau dahhhh..sape lg dak?..nrl la tu :-)

Wokey lah..meh la g...tapi nrl balik rumah tukar shirt dan track bottom.. kemudian 8.20 pg,..nrl dan 4 org budak ke tanah rata...selebihnya naik kete ustaz dan tumpang bas SMK Kg Raja...

Seharian jugak kat sana...tapi seronok, pengalaman baru untuk nrl yg pertama kali iringi murid ke acara sukan ;-)

Farrah...bdk asli yg comel tapi pemalu..murah dgn senyuman :-)

Huhu...port kami yg x seberapa

suasana di padang


nizam, manjo, jamani, ikhwan.... runner skkr

bukan cikgu yg dpt...tlg pegang je medal tu


dah nak balik..semua hepi :-)
 Walaupun cuma dapat 1 emas (acara lompat tinggi) dan 1 perak (acara lompat jauh)..tapi mereka semua boleh masuk final..cuma xda rezeki tempat pertama, kedua dan ketiga... takpelah..cikgu dh puas hati...sebab kamu semua dah cuba sedaya upaya :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...