Saturday, December 31, 2011

MENUTUP 2011...............

Ya Allah,..janganlah Engkau biarkan aku menyerahkan sesuatu apapun pada diriku sendiri,..walaupun sekelip mata.....
Sebab,..
Setakat mana sangat nrl mampu kuat dengan semangat, sejauh manalah sangat nrl mampu tabah dan berani menempuh hidup,..walaupun telah cuba dan cuba berdikari...
Kudrat nrl terhad..ilmu cuma sikit.. Mana mungkin nrl dapat harungi hidup yang penuh cabaran ini hanya bersandarkan kekuatan diri... Yang nyata, pada Allah jua tempat nrl pinjam dan serahkan segala-galanya...
Sematang mana pun fikiran mampu mencongak hidup,..nrl tetap tak tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk diri sendiri...Nrl hanya penerima, bukan pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan apa yang diberi itulah yang terbaik... Akal ini tetap tak akan mampu mendahului apakah rahsia disebalik yang pahit, pedih dan sakit... selagi belum sampai masanya...
InsyaAllah... Setiap detik selagi hidup, hati ini akan terus tetap berdamai dengan takdir; setelah berusaha mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Nya jua...
Sesuatu yang buruk atau mendung, mungkin tak dijangka atau disangka, belum tentu satu keburukan...
....seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kepedihan dan kegagalan terlebih dahulu...

Dialah yang akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya.. Kita memang tak mampu tahu segalanya... Namun apabila Allah yang Maha Penyayang yang menetapkan, tentu kasih sayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya...
Kita hamba Allah...Dia tak akan mengecewakan kita....

"Seringkali sesuatu itu difahami dahulu sebelum dirasai, Namun acapkali juga kita memahami sesuatu hanya setelah merasainya".....

 
Dari hati seorang insan biasa..dalam dingin dan tenang malam Cameron Highlands..
~ Ditemani instrumental "Ombak Rindu"...

Alhamdulillah atas semua kenangan ini :-)

Jambori Tganu.. Payung & Bju Hujan transparent trademark cikgu Nurul ;-)
Malam Dinner :-)
Sebelum Balik... dgn kontigen Jengka :-)
Batu Hampar, Manir... balik tganu kali kedua - .......
 

Huhu..ni je...
Pulau Duyong..at night :-)
Aus..Mak Ngah..Ofi :-)
 

UTP..... :-)
 



Balik CH dahhh.. :-)
Orientasi tahun 1... :-)
 

Cuti yang paling bz....

Sambungan selepas balik ke Terengganu..............
19/12...bertolak balik ke Kulim dari Tganu... Mesra Liner..sampai kulim 5.30pg...
20/12...drive ke Tronoh..untuk interview Yusran di UTP..
21/12...drive balik Kulim...
22/12...drive ke CH.. 2 jam dok CH untuk tt borang SBPA.. balik Kulim...
23/12...pg lg dh bwk PJP 696 g servis...dkt RM400 hbs pg tu...
24/12...pukul 4.30pg dah ada kat stesen bas kulim...amik opie baru sampai...
25/12...seharian ke utara lg..Kodiang ada kenduri..Alor Star jalan2...senja sampai umah...
26/12...Bertolak balik CH....
27/12...Meeting kat sekolah...
28/12...Seminar Perkongsian Ilmu kat PPD CH..seharian..
29/12...Orientasi tahun 1..tahun depan ajar darjah 1..petang tlg jaga pjbt sek sebab anis kluar
30/12...Masih ke sekolah...pagi je..ptg kemas bilik, ubah deco sempena tahun baru...
31/12...Hari ini... operasi bersih n kemas seluruh rumah dgn anis...letih tapi x terasa sebab sambil tgk   Ombak Rindu,..huuhu :-)

Selamat direkodkan~ 31/12/11

Tuesday, December 13, 2011

Aku yang bertanya..tentang erti cinta pada alam.......

Kisah tentang aku yang bertanya tentang erti cinta pada alam..lalu satu persatu dari mereka menjawab kepadaku.

Wahai bumi,apakah itu erti cinta?

Bumi menjawab:
"Cinta adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan. Ia memang dipijak dan dihinakan tetapi dia tidak peduli. Kerana cinta hanya ingin memberi dan itu saja yang diingininya."

Wahai air di tasik,apakah itu erti cinta?

Air menjawab:
"Cinta adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih kesukaan, kerelaan akan keterikatan, Kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih luas sebagai naungan segala perasaan."

Wahai api,apakah itu cinta?

Api menjawab:
"Cinta adalah panas yang membakar segala, dia juga dapat memusnahkan hidup dan terus menyala. Demi nyalaannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kederhakaan."

Ya Allah....

Wahai angin, apakah itu cinta?

Angin menjawab:
"Cinta adalah hembusan yang menebar sayang. Orang kata cinta itu buta kerana sering dia dihalakan entah kemana-mana. Dia juga tak terlihat, tanpanya segala jiwa hampa."

Wahai langit, apakah itu cinta?

Langit menjawab:
"Cinta adalah luasan tanpa batasan. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru atau derita kelam yang kelabu."

Wahai matahari, apakah itu cinta?

Matahari menjawab:
"Cinta adalah hidup yang memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia takkan lelah memberi harapan sampai ia padam dan mati."

Wahai pohon, apakah itu cinta?

Pohon menjawab:
"Cinta adalah akar yang menyumbang segalanya. Ia tulus hingga tak juga perlu terlihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar seluruh pohon itu bahagia, kukuh, berbuah dan berbunga indah."

Wahai gunung, apakah itu cinta?

Gunung menjawab:
"Cinta adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah dia akan meleburkan sekelilingnya dengan aliran lava cemburu yang membara."

Lantas aku bertanya pada cinta itu sendiri..
Wahai cinta, apakah erti sebenar dirimu?

Cinta menjawab:
"Cinta adalah bila engkau patuh pada Dia meskipun kau tidak pernah melihatNya, engkau tidak pernah menyentuhNya tetapi engkau patuh kerana merasakan kehadiran Nya. Kerana cinta bukan apa yang dilihat tetapi rasa.

Cinta adalah bila engkau takutkan murkaNya dan takut jika Dia meninggalkanmu. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat denganNya bahkan jika engkau harus derita atau lebih mengerikan dari itu.

Cinta adalah engkau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selama-lamanya. Cinta adalah bila engkau setia bernafas dalam jiwa sebagai hambaNya setulus jiwa.

Cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain. Engkau rindu akan hadir dan bertemuNya. Engkau suka apa yang Dia suka dan membenci apa yang Dia benci. Engkau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya."

Aku bertanya pada cinta lagi..
Mampukah aku untuk itu? Mampukah aku melaksanakannya?

Cinta menjawab:
"Selama engkau mengetahu hakikat penciptaanmu dan dan bersyukur dengan nikmat yang diberi, maka itu semua akan engkau rasakan,percayalah..."

Allah...indahnya cinta buat Mu….

- Jawapan bumi,air,langit dan pokok...nrl suka... :-)
Tq for sharing this...Syafa :-)

Sekian yang lama....

19 November 2011
- Drive, Cameron Highlands ke Terengganu... 10 pg - 4.30 ptg

29 November 2011
- Drive, Terengganu ke Kulim, Kedah... 12.30tgh - 8.30 mlm

30 November

- 6 Disember 2011.. Minggu utk saudara mara & tetamu cuti sekolah...huhu

14 Disember
- ...Kulim ke Terengganu... Bas ekspress 10 mlm nanti, sorang2 je...relatives matter..balik x tahu bila...

Keinginan nk update blog terpaksa disimpan dulu dlm hati... kurang sangat masa..tapi tetap rindu,..huhu.. Gambar-gambar sepanjang cuti belum sempat nk upload...but i will, insyaAllah... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...