Tuesday, December 13, 2011

Aku yang bertanya..tentang erti cinta pada alam.......

Kisah tentang aku yang bertanya tentang erti cinta pada alam..lalu satu persatu dari mereka menjawab kepadaku.

Wahai bumi,apakah itu erti cinta?

Bumi menjawab:
"Cinta adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan. Ia memang dipijak dan dihinakan tetapi dia tidak peduli. Kerana cinta hanya ingin memberi dan itu saja yang diingininya."

Wahai air di tasik,apakah itu erti cinta?

Air menjawab:
"Cinta adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih kesukaan, kerelaan akan keterikatan, Kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih luas sebagai naungan segala perasaan."

Wahai api,apakah itu cinta?

Api menjawab:
"Cinta adalah panas yang membakar segala, dia juga dapat memusnahkan hidup dan terus menyala. Demi nyalaannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kederhakaan."

Ya Allah....

Wahai angin, apakah itu cinta?

Angin menjawab:
"Cinta adalah hembusan yang menebar sayang. Orang kata cinta itu buta kerana sering dia dihalakan entah kemana-mana. Dia juga tak terlihat, tanpanya segala jiwa hampa."

Wahai langit, apakah itu cinta?

Langit menjawab:
"Cinta adalah luasan tanpa batasan. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahawa cinta itu bahagia yang biru atau derita kelam yang kelabu."

Wahai matahari, apakah itu cinta?

Matahari menjawab:
"Cinta adalah hidup yang memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia takkan lelah memberi harapan sampai ia padam dan mati."

Wahai pohon, apakah itu cinta?

Pohon menjawab:
"Cinta adalah akar yang menyumbang segalanya. Ia tulus hingga tak juga perlu terlihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar seluruh pohon itu bahagia, kukuh, berbuah dan berbunga indah."

Wahai gunung, apakah itu cinta?

Gunung menjawab:
"Cinta adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah dia akan meleburkan sekelilingnya dengan aliran lava cemburu yang membara."

Lantas aku bertanya pada cinta itu sendiri..
Wahai cinta, apakah erti sebenar dirimu?

Cinta menjawab:
"Cinta adalah bila engkau patuh pada Dia meskipun kau tidak pernah melihatNya, engkau tidak pernah menyentuhNya tetapi engkau patuh kerana merasakan kehadiran Nya. Kerana cinta bukan apa yang dilihat tetapi rasa.

Cinta adalah bila engkau takutkan murkaNya dan takut jika Dia meninggalkanmu. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat denganNya bahkan jika engkau harus derita atau lebih mengerikan dari itu.

Cinta adalah engkau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selama-lamanya. Cinta adalah bila engkau setia bernafas dalam jiwa sebagai hambaNya setulus jiwa.

Cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain. Engkau rindu akan hadir dan bertemuNya. Engkau suka apa yang Dia suka dan membenci apa yang Dia benci. Engkau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya."

Aku bertanya pada cinta lagi..
Mampukah aku untuk itu? Mampukah aku melaksanakannya?

Cinta menjawab:
"Selama engkau mengetahu hakikat penciptaanmu dan dan bersyukur dengan nikmat yang diberi, maka itu semua akan engkau rasakan,percayalah..."

Allah...indahnya cinta buat Mu….

- Jawapan bumi,air,langit dan pokok...nrl suka... :-)
Tq for sharing this...Syafa :-)

1 comment:

MaMaBeaR said...

Salam Nurul~ =)
Thanks for sharing...
Rindu kat dia! =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...