Sunday, September 30, 2012

Sukan akhirnya

 
 
 
 


 
 

Saringan,..

Sampai di rumah 9:30 malam,.. Dari bentong...
Isnin, saringan sukan tahunan SKKR..

layan dulu - warming up awal pagi,...
 
jaga acara lompat tinggi dgn kak da...
 
 
huhu kak chah...
sebenarnya hari ni - masih letih dan bertambah letih

Monday, September 24, 2012

Wahai pemilik hati..pemilik segala cinta

Wahai pemilik langit dan bumi
Sedarkan aku bahawa bahagia itu bukan pada sebentuk cincin yang bernilai beribu ringgit
Sedarkan aku bahawa bahagia itu bukan diukur pada sebesar mana batu permata
Bahagia itu pada merasa cukup apa yang ada
Bahagia itu pada nikmat bersyukur dengan segala kurniaan
Bahagia itu ada pada-MU
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kaya dan Maha Pemberi
Wahai pemilik takdirku
Didiklah aku untuk senyum dikala secalit duka hinggap dijiwa
Didiklah aku untuk mensyukuri hadirnya tangisan dalam ketawa
Didiklah aku mengerti bahawa takdir ini diatur dengan bijaksana
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Merancang lagi Maha Mengetahui
Wahai pemilik hatiku
Tetapkanlah hatiku pada jalan-Mu
Luruskan niatku hanya kerana-Mu
Dekatkan ia dengan-Mu, rapatkan ia pada-Mu
Mudahan ia tenang walau dilanda badai
Jangan Kau biar ia alpa mengakui  keesaan-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa
Wahai pemilik segala cinta
Ajarkan aku untuk mencintai-Mu melebihi segala cinta yang ada
Kurniakan aku cinta yang membawaku dekat dengan-Mu
Kurniakan aku cinta yang bersemi hanya dengan nama-Mu
Suburkan cintaku pada ikatan bersaksikan-Mu
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
petang selepas hujan, kg lebu..bentong pahang...

Travelling again,...

Peluang dapat turut serta dlm Kem Kemanisan Iman sek2 rendah daerah CH.. byk memberi pengalaman dan ilmu,.. pertama kali jugaklah PJP 696 dan tuannya travel ke Bentong, Pahang... :-) Kem Smart BKERP, Kg Lebu...pilihan yang tepat..

 
 
 
 
 
 
 
Walaupun cum SK Kg Raja, SK Brinchang, SK Tanah Rata, SK Convent & SK Ringlet yang terlibat.. dgn jumlah peserta 24 org...ditambah perjalanan jauh beratus kilometer dari CH.. Semua kenangan dan pengalaman bersama rakan2 ustaz, ustazah juga peserta, telah menambah pengetahuan dan ilmu yang masih tak seberapa ini...

Thursday, September 20, 2012

:-) , Raya..

 
 
 
 
 
 
 
 
Dah 4 kali menyambut raya dengan SKKR, sejak "dipostingkan" ke sini 4 Ogos 2009... Tiap2 tahun ada keseronokan tersendiri..ape yg paling penting, dpt tgk2 semua anak2 ni hepi,...mkn puas2.. Itulah juga yg menjadi semangat utk sama2 menyambut raya dengan semua hari ni...
Alhamdulillah :-)

Wednesday, September 19, 2012

Temal Tayish....




Sebelum blk umh..smpt kak chah bluetooh satu gmbr nrl dgn si tecik ni.. Gmbr msa singgah umh k.chah sblm blk kulim bln lepas..

Akmal Haris...tgu la awok beso skit lg..cik nuyui nk bwk g jln ;-)


Dalam kekuatan...

Utk diri ini,...
Nrl akui,..setiap gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah.. Lantas, sering ayat ini menjadi ubat kesedihan, bila mana hati teramat letih dalam terus cuba mengumpul kekuatan...
"Jika orang datang menghadiahkan air mata, ...Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar.. Jika yang datang itu menyakiti, Allah sedang mengajarmu erti redha"..
Sesungguhnya nrl bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh kenyataan dan kejamnya insan. Ada ketika terasa amat kecewa..seolah-olah diri ini tak layak utk merasai indah dan bahagianya hidup... - Bila cabaran bertali arus datang dan pergi, silih berganti...

Walau langkah kadang amat payah,..ada sesuatu yang tak ingin nrl lupa; bahawa nrl cuma insan kerdil di lautan rahsia Allah yang sangat dalam. Yang terjangkau hanya sebutir dari percikan ombak di pantainya...
"Ya Allah..ketika aku keliru, tunjukkanlah.. Ketika aku lemah, kuatkanlah... ketika aku terlupa,..ingatkanlah..."

Syukur alhamdulillah,... kerana sepanjang jalan berliku ini... Kau turut anugerahkan seribu satu kenangan yang teristimewa, keluarga, teman2, insan-insan kecil yang menghiburkan...serta seluruh isi alam Mu,...

Monday, September 17, 2012

Biskut raya untuk cikgu..

Minggu lepas raya,...sekolah macam biasa, cuma sibuk aje yang makin luar biasa... Minggu PKSR 3.
Macam biasa jugak,..minggu exam..tempat nrl adalah kat bilik S/U Peperiksaan. Tak sangka satu hari dlm minggu tersebut,...datang Fatin Athirah..anak murid tahun 5..ke bilik nrl dengan satu bekas makanan dlm plastik.. "Cikgu, ni saya bwk biskut raya kat cikgu...ade yang saya buat..ade yg mak saya buat"..
Ha?..owh biskut raya.... "Trima kasih Fatin...nanti cikgu rasa ye,.." :-) ..

Mm..rasa jelah semua tgk mane sedap...baki simpan esok2.. dok sorang kat bilik ni, ade jgk mkanan. Cuma,...teringatkan si Fatin ni..kesian pun ade. Dia bukanlah dlm kumpulan murid sederhana,..murid lulus pun belum. Payah sungguh dia nak faham subjek BI. Tapi, mintak beli kamus dia beli...mintak buat keje..dia buat.. wpun ada masa dia renung mata nrl dgn jwpan - "Saya tak siap sebab saya tak faham cikgu,...saya tak reti nak buat..."

Kak chah pun bercerita lepas balik sekolah hari yg sama...si Fatin g bilik guru cari nrl... Kak Syikin kate nrl xda sini..nk bg pape letak atas meja.. Rupenye dia x letak pun,..nak jugak dia sampaikan sendiri biskut raya dia tu kat nrl..

Tersentuh jgk hati....bukan tak pernah nrl garang dgn bdk2 ni...marah2..pernah aje...

Utk Fatin,..dan utk semua anak2 murid cikgu... Cikgu Nurul awak mmg garang kalau peraturan dan disiplin kelas BI, awak x ikut. Cikgu Nurul,..mmg buat awak takut,..awak semua akan ddk diam..buat kerja sekolah.. Tapi sebenarnya...Cikgu saaayang awak semua. Cikgu nak semua boleh ikut peraturan..ada disiplin..sebab nanti masa depan,..bila awak kena patuh pd peraturan dan disiplin, dlm keadaan apepun,..awak dh boleh ikut...semua tu, perlu awak lalui dari sekarang lg...

Cikgu hrp,..cikgu takkan lupa awak semua...dlm setiap kali doa cikgu... 

Setelah,...

Setelah agak lama masa berlalu... nrl mesti ke sini semula utk menyimpan memori...


Sekarang dah ajar Pendidkan Seni jgk,... :-) darjah 3



Sejak Yusran ddk kat Ipoh,..rajin la dia naik CH...huhu
Jadual Cikgu Nurul.....2012

Candid~ ;-)
Akmal Haris .... baby Kak Chah.... Alhamdulillah... Seorang lagi Akmal utk saye ;-)


Projek Ambil Air Bukit ;-) mula tahun ni tapi bila berkesempatan sahaja....
 

Merentas Desa,...2012.... Masih syg dgn pemandangan n udara d CH....
 

Danish Akmal,..... Akmal Haris,.... Pengubat hati Cik Nuyul.....
Majlis Perpisahan Kak Mai...


Senamrobik serentak 1M1S,...huhu
Majlis Khatam Quran 2012...
Tak semua events dan kesibukan sepanjang setengah tahun 2012 sempat dirakam...
Apepun alhamdulillah...UPSR dh selesai,..aktiviti pun dah makin berkurang....sempatlah nak sentuh fail KSSR dan kerja S/U Peperiksaan yang masih ada lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...