Saturday, October 29, 2011

"Cikgu, Napisah mau nyanyi..." :-)

2,3 hari dalam seminggu tu, ayu sibuk panggil cikgu nurul dia..dan perkara yang nk di"kabo" kan cuma 1..- napisah mau nyanyi kat cikgu...
 Ok2 napisah..lagu ape.. :-) ..

Belum hafal,cikguuu...si napisah pulak jawab... hmm.. ok, cikgu tunggu sampai napisah dah hafal :-) kita rakam ea,..buat video... :-)

Hari itu... ayu dah tak sabar nak tengok si napisah kwn baik dia..nyanyi utk cikgu nurul...
 Dgn malu2..2 org anak murid asli comel ni datang ke meja cikgu nurul, dlm kelas... 2 Siddiq..
Piona..Napisah..Hassan :-)

Rupenye lagu untuk cikgu Nurul,.. Wali Band - Harga Diriku...

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa utk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu



Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

                  Rec- Napisah, Harga Diriku
Terima kasih Napisah syg...wpun "tak ingat",..huhu..tapi sebab lagu ni awak tujukan khas utk cikgu,.. pada cikgu, tetap istimewa :-)

Harga_Diriku mp3 

Thursday, October 20, 2011

Mengingatkan...

Selagi mana kita hidup,..
selagi itulah,..
kita akan meneruskan perjalanan kita ini...
kerana,
kita tidak akan tahu apa yang ada di hadapan...
jika kita tidak meneruskan perjalanan hingga ke hujungnya...

"Yang penting, Allah swt Maha Mengetahui"...
Terima kasih kwn2 sebab mengingatkan Nurul...

Friday, October 7, 2011

Lagi Suasana Perkhemahan Bersepadu...

Tq Cikgu Duan...kak zu.. tukang ambik gmbr selain nrl :-)






 






Monday, October 3, 2011

"Ada....dalam doa Nurul.."

Kali pertama bumi ini diciptakan, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT…
   “Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
    “Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
   “Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?” Tanya para malaikat lagi.
    “Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.
Paku merupakan benda keras yang dibuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melehkan besi”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api Ya Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.
Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hambaku yang berdoa kepadaku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir.” Demikian Allah SWT menjelaskan.
~ Kerana itulah pemilik blog hitam putih bertemankan hujan ini lebih senang menjawab.."Ada..,dalam doa Nurul..".. :-)...
kerana yang terakhir setelah segala-galanya, semua ketentuan...datang dari Illahi...


Sunday, October 2, 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SKKR :-)

Keesokan paginya pulak..nrl g sekolah sebab ada perkhemahan ni..wpun bdk2 tak tidur di sekolah,..alhamdulillah...pengisian dan riak keseronokan murid2 buat nrl dan semua kwn2 cikgu lain lega & puas hati :-). Tahniah Pasukan Pengakap..sebab menang banyak kategori...





Sori :-( ..cikgu nrl x sempat pakai uniform hari ni..
 





Pandu Puteri

TKRS

Pengakap
 

Mkn2..mkanan dari hamper yang pengakap menang :-)

Letih..amat sangat...

Pengalaman Baru.. :-) Kem 1M1S Air Tenang Resort..

Kem 1 Murid 1 Sukan...Peringkat Cameron Highlands... lokasi di Air Tenang Resort, Janda Baik, Bentong, Pahang...

Buat pertama kalinya nurul "keluar" dari CH untuk tugas rasmi...huhu.. Alhamdulillah,..dgn peluang dan rezeki ni..dapatla nrl kenal jalan ke bentong...yang sebelum ni cuma dgr je dari kwn2.. Air Tenang Resort,..tempat yang memang tenang dan selesa..sesuai untuk kem seperti ni.. :-) - 28 hingga 30 September...dan sampai semula ke CH, pukul 7.30 ptg kelmarin...
- 74 Murid SMK & SK..10 orang guru.. -




















Peta Air Tenang Resort.. xlah 100% betul..saje2 lukis masa free :-)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...