Saturday, May 30, 2009

Jika Ia Sebuah Cinta...

Jika ia sebuah cinta...ia tidak mendengar...namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak buta...lantas akan sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hanya berjanji namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta...ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Apa Ada Dalam Kotak ....?

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.

“Untuk apa?” tanya si ayah.
“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.

“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”

Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”

Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!

“Hadiah apa ni?”
“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”

Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.
Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.
“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”

Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.
“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?

Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…

Thursday, May 28, 2009

Adamku...

Adamku..
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku..
Wahai Adam, kau punya kelebihan akal,
manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9, nafsumu 1.
Akalku 1, nafsuku beribu..
Oleh itu Adamku, pimpinlah aku kerana aku sering lalai dan lupa,
Sering tergelincir ditolak nafsu dunia..

Adamku..
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu,
Agar nanti diberkati ya Rabbi..
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran.
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh Barakah.
Khabarkan padaku tentang fadhu-fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi munkar..

Adamku..
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah..
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
Selimutkan aku dengan iman dan taqwa,
Bekal ke jalan Allah..
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu.
Tolonglah aku Adam, agar aku tidak beku..
Bantulah aku agar aku tidak buntu..

Adamku..
Selamatkanlah aku daripada siksa api neraka
Yang tidak tegar aku tanggung.
Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah..
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah..
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah,
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah,
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
Sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah,
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
Seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah,
Dan seteguh Na’ilah al-Farashiyah yang tegar
Meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah..

Sesungguhnya Adamku,
Kerana aku tahu..
Seindah hiasan adalah wanita solehah..
Moga aku adalah hiasan terindah dalam hidupmu,...
Hanya aku...

Monday, May 25, 2009

Orang itu....

Selalu bila nrl ada peluang hantar adik pegi tuisyen, nrl akan curi2 pandang kat tong sampah besar nun di seberang jalan. Bukan ape, nak tgk, ade tak uncle yang selalu kutip kertas, kotak dan pape je dr tong sampah tu. Nrl suka tgk dia, walaupun tiap kali tu jgk, nrl sebak. Dia dah tua, tangan dia kudung sebelah..baju dia lusuh, basikal dia buruk..tapi, dia tetap keluar malam2, kutip pape yang boleh dia jual dari tong2 sampah. Dari satu ke satu tong sampah besar. Kadang, tengah hujan rintik2, nrl nmpk dia tepi tong sampah..rasa nak menangis.. Dengan tangan yang tinggal satu itulah, dia cari duit untuk sesuap nasi.

Tangan yang satu itu tak pernah menadah simpati, tangan itu masih kuat mencari kertas2 dan kotak dari tempat berbau kelat itu. Tangan itu masih mampu menuntun sebuah basikal buruk kesana kemari pada waktu malam, tanpa lampu. Juga tanpa payung ketika hujan. Dia lah yang paling nrl tunggu untuk jumpa, setiap kali lalu kat situ waktu malam. Dia menyedarkan nrl, bahawa selagi seseorang itu bernyawa, semangat mesti terus ada. Kekuatan harus dimiliki, walau nasib kadang tidak menyebelahi..

Malam ini, nrl nmpk dia lagi..masa beli burger di simpang jalan. Dah makan ke dia mlm ni? tak lapar ke dia..ape ada kalau dia lapar...?.. Nak aje nrl pegi jmpa dia, tapi malam2 dh dkt pkl 10, nrl kena fikir banyak kali utk keluar dari kereta sorang2. Tempat tu sunyi, agak gelap. Kedai2 dh tutup.

Malam ni, nrl ingatkan diri, nanti..bila nrl senang,jangan jijik untuk turun ke tepi tong sampah, kalau jumpa org yang memerlukan..jangan berat nak hulur duit, walau yang menadah tu tangannya comot..jangan pernah lupa,satu masa dulu nrl pernah berharap nrl dpt bantu...
Jangan lupa Nurul, tlg jangan lupa...... :,(

Thursday, May 21, 2009

Ya Allah..Mengapa Kau ciptakan Perempuan dan Tangisan...?

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk bersama dengan suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

:,) ...

Setiap yang berlaku ada sebabnya...

Adakalanya seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan, menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..

Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.

Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas jiwa kita.

Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna serta tidak memberi sebarang makna..

Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita, maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.

Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya.

Yakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.

“Jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua yang akan dilihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka”

...Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada sebabnya..

Wednesday, May 20, 2009

Doa untuk kasih dan sahabatku...

Tuhan..
Kekasihku itu,
Jiwaku
Sahabatku itu…
Ragaku

Tuhan…
Dia insan yang mendiami hati
Dengan mata hatinya aku melihat dunia
Tolong satukan kami selamanya
Seperti Bulan dan Bintang
Seperti Adam dan Hawa
Biarkan kisah cinta kami kekal abadi
Dia kasihku..

Tuhan…
Dia yang mengisi hariku
Mendengarkan keluh kesahku
Kami saling berbagi cerita suka dan duka
Kami saling menemani
Saling menyulam semangat untuk meneruskan hidup ini
Biarkan persahabatan kami kekal abadi
Dia sahabatku...


Tuhan….
Janganlah pisahkan aku dari kasihku dan sahabatku
Kerana Kasihku….
Adalah jiwaku
Kerana Sahabatku….
Adalah ragaku

Sebuah Dedikasi Yang Sepi...

kerana sekeping hati
aku mengerti apa itu cinta sejati..
kerana sekeping hati..
aku fahami makna mengapa adanya aku di sini..
lidah kelu untuk berbicara
tapi hati bisa mengungkap maknanya cinta..
siapalah aku untuk menolak
cinta yang hadir dalam jiwa
namun siapalah aku untuk memiliki hatinya..
ku tahu cinta itu hadir tanpa diminta..
ku tahu cinta itu bukan untuk dipaksa..
andainya aku mampu mencinta..
ingin ku takluki hati nya
dengan rasa cinta di jiwa
dgn rasa sayang di hati
dgn rasa kasih di sanubari..


namun ku tak bisa miliki cintanya..
namun ku tak bisa takluk kan hati nya..
ku tahu cintanya amat berharga
ku tahu cintanya datang dari jiwa
hadir cintanya bukan
untuk memaksa
tapi untuk merasa
betapa agungnya cinta...


pada ALLAH aku meminta
hadirkan cinta sejati untuk dirinya..
pada yang maha ESA aku merayu
semoga dirinya dirahmati
selalu.....

Tuesday, May 19, 2009

Titis hujan...

Kalau rindu..tengoklah awan,..tengoklah hujan..dan lautan..
Bagaikan titis-titis hujan...begitulah banyaknya rindu ini..
Dan kasih sayangku, sebanyak air di lautan selepas turun hujan itu...

Monday, May 18, 2009

Dia..Yang Maha Mengetahui..

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi walaupun amal ibadatnya sedikit iaitu:
-sifat penyantun,
-merendah diri,
-pemurah dan
-budi pekerti yang baik.
Itulah kesempurnaan IMAN.
Abul Qasim Al-Junaid

Berita pada kawanku……
Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang kau tak duduk disampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Ditanah kering berbatuan…
Tubuhku tergoncang dihempas batu jalanan
Hati terketar menambah kering kelembutan
Perjalanan ini seperti jadi saksi
Gembala sedih nenangis sedih…
Kawan cuba kau dengar apa jawabnya
Ketika ku tanya mengapa
Ayah ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya ku di laut,
Kukhabarkan semuanya
Kepada karang , kepada ombak ,
kepada matahari…
Tetapi semua diam,
Tetapi semua bisu,
Tinggal aku sendiri ,
terpaku menatap langit…
barangkali disana ada jawabnya

Mengapa ditanahku terjadi bencana
itu tanda tuhan murka melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mula enggan
bersahabat dengan kita...

Cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...

Paku di dinding hati...maafkan...

Kisah tentang seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesali perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Maafkan Nurul..Nurul pasti atau mungkin pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Ikhlas buat teman-temanku...

Teman....
Kuntum-kuntum kenangan itu, masih tetap mewangi dan mekar disudut hati ini walaupun jaringan usia semakin robek di bawa masa. Aku bersyukur dengan caturan pertemuan yang di aturkan oleh Allah taala.Masa bukanlah terlalu kejam untuk menjarakkan kita....kerana disebaliknya kita leka mengejar cita-cita dan matlamat yang menanti.. kita tetap setia mengatur langkah mencari untaian ilmu buat menampal kekosongan jiwa. Sememangnya sudah lumrah alam setiap pertemuan pasti akan disulami perpisahan, walau kita tidak merelakan, namun....iasuatu ketetapan. Segalanya demi memburu Mardhatillah agar hati-hati kita tetap akan disatukanNya dalam satu wadah perjuangan yang jitu. Biar dimana kita tercampak, hadap dan fikrah kita biarlah sebati. Semadikanlah perjuangan fillah ini agar ianya dapat disatukan sebagai satu matlamat....bahawa hidup kita adalah satu perjuangan dalam merebut satu martabat yang telah lama diimpikan.

Teman....
Teruskanlah perjuangan mu, usahlah sesekali kau menoleh ke belakang. Sememangnya perjuangan itu pahit, namun janji Allah itu tetap benar. Bukan intan permata yang akan menghiasi, tetapi kepahitan yang telah tersedia di sepanjang perjalanan. Sudah menjadi adat pejuang, rentak yang di atur tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan, melainkan di tengah-tengah perjalanan kita pasti akan paku-paku cabaran yang menggangu gugat perjuangan kita. Usahlah rebah kerana di buai dek perasaan kerana ujian yang getir yang perlu engkau tempuhi..
Bersama sisipan perjuangan,aturlah langkahmu dengan keyakinan dan kepastian. Carilah nilaian permata indah di sepanjang perjalan ini. Aku doakan dirimu sekuat Khadijah, setabah Aisyah, sezuhud dan semurni Rabiatul Adawiyah dalam menelusuri bilah-bilah perjuangan.
Harapanku, agar mampuku melihat dirimu berada di hadapanku, meniti di bibir masyarakat yang mendambakan sekalung kesedaran dan keinsafan dalam merintis denai perjuangan. Jadikanlah pengalaman hari ini sebagai persiapan menyusuri hari esok. Kususuri doa kudus buatmu teman...agar hati kita terus kita di ikat dalam saf perjuangan yang suci ini. Semoga Allah taala memberikan kita tempat yang baik di sisiNya....

Terdetik..; Nurul akan jadi rumput,..cikgu,..atau pelajar itu..?

Pada satu hari di sebuah sekolah seorang murid bertanya kepada cikgunya..ketika itu guru tersebut sedang mengajar makna 'kasih sayang'.
Pelajar itu bertanya:
'Cikgu,mcmana kita nak pilih seseorang yang terbaik untuk kita sayangi? Mcmana jugak kasih sayang itu boleh berkekalan?"
Jawab cikgunya:
"Okay,kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang,kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput2 di depan kamu..pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang..walaupun sekali. Petik rumput tersebut bawa ke kelas"
Apabila pelajar tersebut pulang, tiada sehelai rumput pun yang di petiknya. Cikgu itu bertanya:
"Kenapa kamu tidak memetik satu rumput pun?"
Pelajar tadi menjawab:
"Tadi masa saya berjalan,saya cari rumput yang paling cantik. Mmg ada byk yang cantik,tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK ,maka saya pun terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang..saya tak jumpa pun yang paling cantik..mungkin ada di antara rumput yang di belakang saya tadi yang paling cantik..tapi cikgu kata saya tak boleh menoleh ke belakang..jadi tiada lah rumput yang saya petik".
Cikgu itu menyatakan padanya:
"Itulah jawapan bagi soalan kamu tadi..maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yang kita sayang..janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu..kita patut hargai dan menerima seadanya..dan menjaga dgn sebaik2nya insan yang kita sayangi itu..jgn kita menoleh ke belakang lagi kerana yang terjadi telah tersurat..dan berdoalah semoga yang telah terjadi takkan terulang lagi.. Kita perlu ingat bahawa orang yang kita sayangi itulah paling sempurna pada kita..mahupun nak di ikutkan, byk lagi yang lebih baik..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...