Thursday, May 28, 2009

Adamku...

Adamku..
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.
Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, maka lalailah aku..
Wahai Adam, kau punya kelebihan akal,
manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu 9, nafsumu 1.
Akalku 1, nafsuku beribu..
Oleh itu Adamku, pimpinlah aku kerana aku sering lalai dan lupa,
Sering tergelincir ditolak nafsu dunia..

Adamku..
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.
Akanku aminkan doamu agar kelak luas syurgaku.
Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersamamu,
Agar nanti diberkati ya Rabbi..
Kenalkan aku pada majlis-majlis agama.
Ajarilah aku Yassin dan memahami al-Quran.
Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam Jumaat penuh Barakah.
Khabarkan padaku tentang fadhu-fardhu yang patut aku tahu.
Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi munkar..

Adamku..
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah..
Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.
Selimutkan aku dengan iman dan taqwa,
Bekal ke jalan Allah..
Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu.
Tolonglah aku Adam, agar aku tidak beku..
Bantulah aku agar aku tidak buntu..

Adamku..
Selamatkanlah aku daripada siksa api neraka
Yang tidak tegar aku tanggung.
Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah..
Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah..
Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah,
Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah,
Setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,
Sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah,
Sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,
Seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah,
Dan seteguh Na’ilah al-Farashiyah yang tegar
Meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah..

Sesungguhnya Adamku,
Kerana aku tahu..
Seindah hiasan adalah wanita solehah..
Moga aku adalah hiasan terindah dalam hidupmu,...
Hanya aku...

1 comment:

Anonymous said...

Jumpa dengan saya,
jatuh cinta dengan saya,
Adalah suatu kisah yang terindah dalam hidup awak...

"Mohd Iqram Haikal"

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...