Sunday, May 23, 2010

Rasa,....

Sekumpulan pelajar telah ditanya agar menyenaraikan “7 Keajaiban Di Dunia“. Walaupun banyak pendapat yang diberikan, berikut merupakan undian terbanyak untuk senarai “7 Keajaiban Di dunia”.
1. Colosseum
2. Taj Mahal
3. Statue of Christ Redeemer
4. Chichen Itza
5. Manchu Piccu
6. Petra
7. Tembok Besar China
Semasa sedang mengumpul undian, cikgu tersebut sedar masih ada seorang lagi pelajar yang tidak menghantar undiannya. Maka, beliau pun bertanya sekiranya pelajar tersebut mempunyai sebarang masalah.
Pelajar tersebut berkata, “Ya, saya ada sedikit masalah dengan senarai yang saya buat. Saya tidak boleh nak menyenaraikannya kerana kejaiban di dunia ini terlalu banyak.”

Cikgu tersebut pun berkata, “Eum, jadi beritahulah apa yang telah kamu senaraikan setakat ini supaya kami boleh bantu kamu.”
Pelajar tersebut menganggukkan kepala, kemudian membaca senarai yang dibuat, “Saya rasa, “7 Keajaiban Dunia” adalah:
1. dapat melihat
2. dapat mendengar
3. dapat menyentuh
4. dapat merasa
5. dapat berkata-kata
6. dapat ketawa
7. dan merasa dicintai.


Suasana di kelas tersebut senyap seketika. Perkara yang selama ini kita anggap biasa dan kita terlepas pandang sebenarnya adalah sebenar-benar keajaiban...

Perkara yang paling berharga dalam kehidupan kita, tidak dapat dicipta oleh jari-jemari kita dan dibeli oleh sesiapa sahaja...............

3 comments:

pelangi ptg said...

:)

zazali said...

mmg ajaib

Anonymous said...

bijak btol budak tu......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...