Monday, May 31, 2010

Kampung Raja, 10pm...

Hujan mengiringi perjalanan kami sepanjang petang :-). Lepas ambik adik zu kat kulim..terus ke seberang jaya, ambik adik sarah pulak :-). Lepas tu ingat boleh sampai CH sebelum mlm,..tapi highway sesak sebelum plaza tol Juru lg. Banyak sangat kereta ke selatan. Memang x boleh speed langsung. Adik2 berdua tu sempat gak melepaskan penat, lena jgk last sekali dua2 org, hehe...Takpelah, mungkin x lama jam ni. Tapiii...tgk2 jam lg teruk sebelum hentian rehat sungai perak..dkt 10km jgk la keta mampu gerak sikit2 je. Huk... memang naik CH mlm jgkla jwbnye. Sampai ipoh 6.30 petang. Mujur guna SmartTag, kalau queue, mau lambat lg. Kami pun singgah tesco, mkn mlm kat sana, beli brg skit. Lepas solat kat tol simpang pulai, bertolak ke CH, lebih kurang pkul 9.20 mlm...
Keta x byk,..hehe, layan corner best gk ni, tp oleh kerana angin tayar terlebih isi, stereng sedikit gegar bila laju dan lalu selekoh. Agak bahaya, tapi xmau ckp kt bdk2 ni. Takpe, masih boleh kawal, insyaAllah. Nak x nak perlu jgk kejar masa sebab hari mkin lewat dah. Potong je mana2 kete yang ada.. mlm lg senang memotong sebab boleh kesan kete dpn dari lampunya. Jalan agak licin, mungkin baru lepas hujan. Sambil2 tu dgr suria.fm...hehe
Sampai kg raja, lebih krg 10 mlm..hantar adik zu kat pra sekolah, baru balik ke flat dengan sarah.. alhamdulillah, syukur kepada Allah swt.
Apepun, setiap satu yang terjadi dalam hidup ni, samada dijangka atau tidak, merupakan pengalaman buat diri ini... semoga Allah swt sentiasa melindungi nrl....amin..


~ suke pic ni, so much ;-) . Set as desktop background...hehe

1 comment:

pelangi ptg said...

:-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...