Thursday, April 22, 2010

Erti cinta itu,... :-)

Teman,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah, tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta di hatimu...
Pada masa yang sama …
Allah tidakkan akan meletakkan …
… cinta yang sama pada yang bukan berhak memilikinya...

Temanku,..
Bertaqwalah kepada Allah..,
Kerana Allah yang meletakkan cinta di hati mu...
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu...
Dan Allah juga berkuasa mengubah cinta itu menjadi benci.

Ketika kau tahu cinta itu dari Allah...
Ketika kau yakin cinta itu dari Allah...
Kembalikan ia kembali kepada Allah...
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu...
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu pada yang berhak,...memilikinya....

Teman,
Aku ceritakan kisah cinta wanita pujaan sekalian lelaki.
Aku ceritakan kisah cinta lelaki pujaan sekalian wanita.
Ketika di Madinah …
Fatimah berkata kepada Ali,
“Dulu di Mekah ada seorang lelaki yang aku sangat cinta padanya.”
Ali berkata kepada Fatimah,
“Lalu, apakah kau menyesal berkahwin dengan aku?”
Fatimah menjawab,
“Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau.”

Ya allah aku mohon cintaMu,
Dan cinta orang orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan aku kepada cintaMu.....

:-) 

1 comment:

crest said...

hidup tidak semestinya indah..langit tak selalu cerah..matahari yang menyinar..inilah lukisan alam..
cinta kepada allah..cinta rasul..cinta ibu bapa..cinta kepada ummah..dan juga cinta kesejahteraan..
dalam sejuta bintang berkelipan..engkau bagaikan kejora..antara ribuan mata menikam..takkan kubiarkan kau tenggelam..di dalam jaga ku tercari-cari..di dalam tidur termimpi-mimpi..siapakah dia misteri..adakah kekal dan abadi..jangan biarkan ku ternanti-nanti..usah benarkan masa berlalu pergi..cintamu oh sang misteri..belum puas ku temui..
biarlah sang misteri itu cinta yang hakiki dan sejati..cinta allah pada hambanya..cinta hamba pada al-Khaliqnya..cinta Adam pada Hawanya..cinta ummah pada Rasulnya..cinta yang benar dan ikhlas..tanpa dipaksa tanpa diduga..bila masanya telah tiba..ia datang tanpa bicara..takkan sempurna takkan selama..takkan bahagian tanpa derita..itulah resam cinta manusia..tabahkan jiwa kuatkan minda..semoga kan bertemu di syurga..amin~

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...