Dah lebih separuh pun bulan ramadan.... syukur... Allah masih beri nrl peluang menikmati segala keindahan bulan berkat ini...
Alhamdulillah, terima kasih juga Ya Allah, kerana rahmatMu, kerana untai-untaian nikmatMu yang masih dapat nrl rasa, kerana nafas yang Engkau pinjamkan untuk nrl terus hidup di muka bumiMu ini, kerana kaki yang Engkau anugerahkan masih mampu untuk nrl teruskan berjalan meredah permukaan dataran mencari ilmuMu, dan pelbagai nikmatMu lagi yang nrl tahu masih belum terbalas. Izinkan nrl untuk terus bernafas agar nrl berkesempatan untuk membalas kesyukuran itu..
Ya Allah...semoga keberkatan bulan Ramadhan ini...dapat memberi nrl selapis harapan dan seteguh-teguh kekuatan..untuk nrl terus hadapi kehidupan ini yang penuh cabaran...
Kita bangga apabila pakaian kita cantik dari yang lain
Kita selesa apabila kita berada di atas dari yang lain
Kita teruja apabila kita lebih berjaya dari orang lain
Kita suka apabila kita terima lebih dari yang lain
Namun kita terlupa..
Mungkin pakaian itu tiada untuk yang lain,
Tetapi rezeki dari pinjaman Allah SWT untuk kita
Mungkin kedudukan itu bukan untuk yang lain,
Tetapi rezeki pinjaman dari Allah SWT untuk kita
Mungkin kejayaan itu belum untuk yang lain,
Tetapi rezeki pinjaman dari Allah SWT buat kita
Mungkin anugerah itu tidak untuk yang lain,
Tetapi rezeki pinjaman dari Allah SWT juga buat kita
Kita berhak menikmati segala pemberianNya,…
Namun Ya Allah…
Jangan biarkan nrl dan kita semua terlupa pada yang berduka dan hidupnya tak terbela…
Amin….
1 comment:
asalamualaikum kak nurul >.< hehe
thanks sebab bg komen hari to .. hehe
happy bila baca komen kak nurul ^_^
mm .. kak nurul ada fb x ?? kalu ada saya nk add leh .. hehe .. nti kak nurul bg emel kt kolem comen d blog saya k >.< hehe .. ok anyong >.<
Post a Comment