Monday, October 3, 2011

"Ada....dalam doa Nurul.."

Kali pertama bumi ini diciptakan, bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT…
   “Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?” Tanya para malaikat.
    “Kerana belum dipaku.” Jawab Allah singkat.
   “Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb?” Tanya para malaikat lagi.
    “Aku akan menciptakan gunung-ganang.” Jawab Allah.
Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai pada paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.
Paku merupakan benda keras yang dibuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
“Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?”
“Ada!” Jawab Allah. “Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melehkan besi”
“Adakah yang lebih kuat lagi selain api Ya Rabb?” Tanya malaikat lagi.
“Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api.” Jawab Allah lagi.
“Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?” Sambung malaikat.
“Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.” Jawab Allah lagi.
Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?” Malaikat bertanya lagi.
“Ada! Iaitu nafas hambaku yang berdoa kepadaku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir.” Demikian Allah SWT menjelaskan.
~ Kerana itulah pemilik blog hitam putih bertemankan hujan ini lebih senang menjawab.."Ada..,dalam doa Nurul..".. :-)...
kerana yang terakhir setelah segala-galanya, semua ketentuan...datang dari Illahi...


1 comment:

zazali said...

thanks atas ingatan....terlalu banyak kekhilafan.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...