Saturday, January 8, 2011

Minggu yang sejuk.....

Seminggu sekolah dibuka... :-) alhamdulillah, semua berjalan lancar... Cameron Highlands, sejuk sesejuk sejuknya.. hari2 hujan gerimis...titis hujan yg turun lembut mcm salji...sekeliling cuma nampak putih, penglihatan jarak jauh terbatas..disebabkan gerimis yg bergerak dibawa angin, brcampur kabus... suasana istimewa tanah tinggi yang paling nrl suka :-).. Berdiri di luar, bercakap boleh keluar "asap dari mulut"...bdk2 lah yang paling seronok ;-)

Ok, sambung balik.. take 10 pegi sidai baju.. walaupun dan pkai sweater, stokin, kuku masih jadi biru... sidai baju pun,..kalau gerimis dan kabus makin tebal, x keringlah jawabnye.. alternatif yang ada, hantar ke dobi untuk mengering, atau iron satu2...huhu... kalau kamera megapixel tinggi, nrl mesti dh rakam, gerimis yang bergerak dan makin tebal dibawa angin..dan kabus yang amat tebal, sampai desa corina atas bukit x jauh dari flat, hilang terus dari pandangan...apakan daya, kamera hp je yg ada ;-)




Itu cerita Cameron Highlands dan pemandangan pagi ini, pukul 11  :-) ..

Sekolah Kebangsaan Kampung Raja,..membuka tirai 2011 dengan semangat baru dan suasana sedikit berbeza dari tahun lepas,..apapun, 2010 tetap terpahat di hati.. :-)

Cikgu Nurul..(lebih suka panggilan ini dari Teacher Nurul) ;-) pegang tahun 6 dan 3 untuk subjek English.. ditambah dgn Kajian Tempatan Thn 6, Pendidikan Jasmani/Kesihatan Thn 2, & Pend Seni Visual Thn 5 dan 6..huhu.. nk cukupkan 24 waktu seminggu (masih sikit berbanding guru2 sekolah di bawah).. Yang paling memerlukan perhatian adalah tahun 6.. tahun ni seramai 18 calon akan menduduki UPSR. Surat panggilan taklimat pendaftaran UPSR sudah nrl terima.. tarikhnya 14 Januari di SK Tanah Rata.. 8am - 4pm.. habis taklimat, nak trus balik Kulim, ;-)

Doa nrl,..biarlah tahun ini lebih baik dari sebelumnya...berbekalkan secubit pengalaman yg dikutip dari Ogos 2009 hingga tahun lalu, nrl harap nrl mampu perbaiki kekurangan dalam P&P..dan membuat lebih banyak penambahbaikan, insyaAllah...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...