Tuesday, July 6, 2010

Penat Menjadi Baik?...

Menghabiskan petang dengan online dalam bilik dan melayan angin sejuk CH...bestnye.. ;-)
Jenguk blog iluvislam, sampailah nrl ke satu blog ni, yang bnyk isi artikelnye menarik perhatian nrl.. salah satu, ayat ni - penat menjadi baik, huhu...

Penat menjadi baik?
Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.



Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...

.. ade betulnye jgk ape yg tertulis tu..dan itulah yang cuba nrl buat sekian lama..dengan pegang kata2 tabah itu kekuatan untuk nrl. sape x sakit hati, tapi memikirkan kita buat baik bukan untuk menarik perhatian org, semuanya perlu ditelan begitu saja. Memang ada yang pandai ambil kesempatan, memang ramai yang hobinye tikam belakang..itulah manusia. Nrl jugak x sempurna, nrl bukan siapa2 untuk menentukan seseorang itu jahat atau sebaliknya. Sedangkan Allah swt belum menutup pintu taubat bagi hamba-hambaNya, inikan pula nrl untuk mengadili..tidak. Namun ada masanya perbuatan org terhadap kita amat jelas, rasa kecewa teramat sgt..;dan nrl bukan seorang yang mudah melupakan kesedihan.. Lama jugak nk pujuk hati dan bangun dengan sedikit lagi kekuatan. walau apa pun, hidup perlu dilalui, biar semakin hari nrl menjadi lebih matang, lebih banyak yang dapat diperbaiki dalam diri ni..


InsyaAllah... 







1 comment:

pelangi ptg said...

:-)...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...